Sunday, May 17, 2009

KURMA CANTIKKAN KULIT WAJAH


  • Ramai yang x tahu buah kurma banyak khasiatnyer...Kurma bukan sahaja baik untuk tubuh badan kita malahan boleh digunakan untuk mencantikkan,memutihkan dan menyihatkan kulit.
  • Mula-mula ambil isi buah kurma dan kisar kemudian cmpurkan dengan sedikit madu.Jadikan ia masker dan sapukan ke seluruh wajah.Pakai sehingga .Untuk membuat masker bertahan lama sentiasa tuamkan dengan kain basah supaya zat buah kurma boleh menyerap pada kulit.
  • Masker ini juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan.Pakailah sekerap yang boleh untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan

GASTRIK


  • Ramai org yang mengalami sakit gastrik yang memang menyakitkan,malahan ada yang terpaksa bergantung dengan berbagai2 jenis ubat.Tapi sesaper bleh try petua yang aq nak bagi ni...
  • Ambil 7 helai dain sirih,dua batang serai ( dimayang halus ) serta secubit gula Melaka.
  • Masak sehingga mendidih.Boleh diminum semasa sejuk dan juga panas.Amalkan minum air ini 2 kali sehari, pagi dan petang.selamat mencuba.

HILANGKAN PARUT MUKA


  • Sesetengah wanita cukup risau dengan parut di bahagian muka, u all boleh try petua ini.Ambil kulit pisang emas.letakkan di bahgian parut.Lakukan setiap hati sehingga parut anda hilang.Try ler

MASALAH JERAGAT


Ambil 1/2 inci kunyit hidup,dua sudu tepung ubi.1 biji putih telur i biji jus limau nipis,kunyit hendaklah ditumbuk lumat.kemudian cmapurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.Sapu pada muka selama 20 minit dan barulah dicuci.Bukan sahaja dapat menghilangkan jeragat malah kulit muka akan licin dan bertambah tegang.

HILANGKAN RASA GATAL


  • Kebiasaannyer wanita akan mengalani masalh kegatalan pada alat sulit selepas haid,begitu jga dengan wanita mengandung.Untuk menghilangkannya sediakan semangkuk air suam dicampurkan dengan 2 sudu makan cuka.
  • Gunakan untuk bilasan yang terakhir.kemudian lap dan keringkan.lakukan selama 2 kali seminggu.Mudah-mudahan akan dapat kesan yang baik.

TEGANGKAN KULIT MUKA DAN KECUTKAN JERAWAT


  • Bersihkan muka dahulu dengan air bersih,potong nipis-nipis limau ataupun lemon dan gosokkan ke muka dan biarkan sehingga kering.Kemudian cuci dengan air bersih.Insya Allah lakukan 4 hari seminggu.Muka anda akan jadi licin dan jerawat akan hilang.

PAYUDARA KEKAL CANTIK

  • Selalunya wanita yang dah melahirkan anak mengalami payudara yang kendur... hehehhe.Bagi mengatasi masalah ini,mereka bolehlah mencuba petua ini untuk mendapatkan kembali payudara yang segar dan anjal.
  • Mula-mula panaskan 1 sudu minyak sapi,setelah menjadi minyak,sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 25 minit...heheheh.Dah habis tu lapkan dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.Amalakn selalu untuk mendapatkan kesannya.